Pengarah untuk Doctor Strange 2 ataupun Doctor Strange in the Multiverse Madness, Scott Derrickson mengumumkan beliau menarik diri daripada tugasan mengarah filem tersebut, namun beliau akan terus kekal sebagai penerbit eksekutif.
Tambah beliau lagi, keputusan tersebut dibuat selepas mempunyai perselisihan idea mengenai filem ini. Marvel kini sedang mencari pengarah baharu, oleh kerana penggambaran tidak akan bermula sehingga Mei, dijangkakan tidak akan ada penundaan daripada sasaran tayangan pada Mei 2021.
Dilaporkan sebelum ini yang filem ini menjadi filem seram pertama untuk MCU mungkin antara sebab beliau menarik diri. Scott Derrickson juga merupakan pengarah untuk filem sulung Doctor Strange.