Epic Games Store Menawarkan Sundered Secara Percuma Minggu Ini

Selepas menawarkan tiga permainan percuma yang baru sahaja berakhir, hari ini Epic Games Store kembali menawarkan satu permainan percuma iaitu Sundered: Eldritch Edition yang sudah boleh ditebus dan muat turun.

Sundered merupakan permainan metroidvania yang dibangunkan serta diterbitkan oleh Thunder Lotus Games. Ia sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Switch dan PC sejak tahun 2017.

Tawaran ini akan berakhir pada tengah malam 17 Januari 2020 di mana ia akan digantikan pula dengan permainan Horace.

Epic Games Store: Sundered: Eldritch Edition

Sohor Kini