Respawn hari ini mengumumkan acara masa terhad Grand Soirée Arcade untuk permainan pertempuran royale mereka Apex Legends akan bermula pada 14 Januari dan berlangsung sehingga 28 Januari 2020.
Melaluinya pemain berpeluang untuk bermain 7 mod berlainan yang akan bertukar setiap 2 hari. Pemain juga berpeluang untuk mendapat pelbagai ganjaran dan membeli pelbagai barangan termasuk juga kostum.
Mereka juga berkongsi trailer untuk acara ini di mana kami sertakan di bawah. Anda juga boleh melihat pelbagai kostum yang akan tiba melaluinya.
Berikut adalah senarai mod yang akan disertakan (setiap mod akan mempunyai 3 cabaran baharu yang akan memberikan 1000 mata);
- 14 Januari – Gold Rush Duos
- 16 Januari – Live.Die.Live
- 18 Januari – Third Person Mode
- 20 Januari – Always Be Closing
- 22 Januari – Armed and Dangerous on World’s Edge
- 24 Januari – Kinggs Canyon After Dark
- 26 Januari – Dummies Big Day
Apex Legends sudah dikeluarkan dan boleh didapati secara percuma untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.