Skip to main content

Siri Pokémon bakal menerima filem ke-23 mereka iaitu Pokémon Coco (judul untuk pasaran Jepun). Ia merupakan filem pertama selepas dua tahun dengan penceritaan baharu. Filem terakhir adalah olahan semula untuk Mewtwo Strikes Back.

Akaun rasmi Pokémon hari ini berkongsi trailer acah untuk filem tersebut yang memperlihatkan Ash dan Pikachu berada di dalam hutan, selain itu diperlihatkan juga seorang watak misteri.

Buat masa ini filem ini disahkan akan mula tayangan pada 10 Julai 2020 di Jepun akan tetapi masih tiada pengesahan tarikh ia akan tiba secara global.

Leave a Reply