Ketika acara Pokémon Direct yang berlangsung hari ini, Game Freak dan Nintendo mengumumkan dua pernambahan baharu yang bakal tiba buat permainan Pokémon Sword dan Shield.

Menurut Nintendo, pernambahan tersebut akan tiba secara dua kandungan iaitu The Isle Of Armor dan The Crown Tundra. Kandungan pertama iaitu The Isle Of Armor disahkan bakal hadir menjelang Jun 2020 ini manakala The Crown Tundra sekitar suku keempat tahun ini.

Menurut Nintendo, pernambahan ini akan tiba buat kedua-dua permainan iaitu Pokémon Sword dan Pokémon Shield yang mana ianya kini sudah boleh dipra-tempah dengan dengan harga $29.99(~RM122) di Nintendo eShop.

Menariknya, bagi anda yang masih belum memiliki permainan salah satu permainan Pokémon tersebut, anda juga boleh dapatkan salah satu permainan Pokémon Sword dan Pokémon Shield bersama DLC, dengan harga $89.98(~RM369). Nintendo juga umum kostum khas akan disertakan buat mereka yang membuat pra-tempahan sekarang.

https://www.youtube.com/watch?v=bRUWgM31BRQ

Seperti yang kami tulis di atas, penambahan buat permainan Pokémon ini akan dilancarkan buat kedua-dua permainan iaitu Pokémon Sword dan Pokémon Shield yang mana ianya akan menyertakan dua kandungan.

Menurut Nintendo, kandungan pertama iaitu The Isle Of Armor akan bertemakan pertumbuhan di mana pemain akan akan berjumpa pelbagai Pokémon baharu. Menariknya, The Isle Of Armor juga akan memperkenalkan mentor baharu buat pemain iaitu Mustard, di mana beliau adalah mentor kepada Leon. Berdasarkan permainan Pokémon pemain, pemain juga akan bertembung watak saingan yang berbeza iaitu Klara untuk Pokémon Sword dan Avery untuk Pokémon Shield.

Selain itu, Nintendo juga memperkenalkan Pokémon legenda baharu iaitu Kubfu di mana beliau akan bertukar kepada Urshifu yang mempunyai dua gaya pertempuran berbeza. Urshifu juga mempunyai evolusi Gigantamax yang mana kedua-dua juga mempunyai rupa berbeza berdasarkan gaya pertempurannya.

Bahagian kedua buat pernambahan ini adalah The Crown Tundra yang mana ianya lebib memfokuskan kawasan bersalji dan pemain akan menerokai kawasan tersebut dan berpeluang untuk bertemu satu lagi Pokémon legenda iaitu Calyrex.

Nintendo juga menyatakan pernambahan ini akan menyertakan mod koperasi baharu yang mana pemain berupaya untuk meneroka Pokémon Dens bersama rakan yang terdapat di lokasi tersebut. Mod ini juga akan membenarkan pemain untuk menangkap pelbagai jenis Pokémon legenda.

Nintendo juga menjanjikan kemaskini percuma buat pemain yang tidak ingin dapatkan penambahan ini iaitu keupayaan untuk mendapatkan Pokémon-Pokémon yang tiba di dalam DLC ini melalui penukaran Pokémon secara percuma. Selain itu, pemain juga berupaya untuk mendapatkannya melalui servis Pokémon Home yang diumumkan bersama.

Akhir sekali, Nintendo juga hari ini melancarkan kemaskini baharu buat permainan Pokémon Sword dan Shield yang mana pemain berupaya untuk bertemu dengan Klara dan Avery bersama-sama dengan Pokémon Slowpoke dari rantau Galar yang berupaya untuk berevolusi kepada versi rantau Galar khas.

Manakala untuk video penuh Pokemon Direct, anda boleh menontonnya di bawah di mana Game Freak berkongsi pelbagai informasi lanjut dengan lebih terperinci.

https://www.youtube.com/watch?v=o5afasEAiN0&feature=emb_title

Sohor Kini