Tahun lepas, Nintendo mengumumkan satu servis untuk penyimpanan iaitu Pokémon Home akan tiba dan hari ini ketika acara Pokémon Direct, Nintendo akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran servis tersebut akan tiba Februari ini.
Seperti yang kami laporkan, Pokémon Home adalah servis atas awan yang memfokuskan pemain untuk menyimpan Pokémon-Pokémon yang pemain tangkap di sebilangan permainan Pokémon.

Menurut Nintendo, servis ini akan boleh diakses melalui telefon pintar yang mana pemain juga berupaya untuk memindah Pokémon tersebut ke permainan lain, termasuklah Pokémon yang pemain dapatkan melalui pernambahan DLC yang diumumkan hari ini.

Selain itu, berdasarkan imej yang dikongsikan oleh Nintendo, servis ini disahkan sebagai satu servis berbayar oleh Nintendo. Namun buat masa ini, Nintendo tidak berkongsi sama ada ianya adalah servis langganan ataupun hanya perlu dibayar sekali sahaja. Dari segi harga juga, Nintendo masih belum berkongsikannya.