Rare Limited minggu ini mengumumkan yang permainan Sea of Thieves mereka kini mempunyai pemain melebih 10 juta iaitu selepas hampir 2 tahun dikeluarkan, dan menganggap ia adalah satu IP baharu yang paling berjaya untuk Xbox.

Jumlah tersebut memperlihatkan peningkatan sekali ganda berbanding jumlah terakhir yang dikongsi oleh mereka pada Ogos tahun 2018.

Pada pengumuman yang sama mereka juga mengatakan kemaskini percuma untuk ‘Legends of the Seas’ akan tiba pada 15 Januari 2020. Ia akan menyertakan ganjaran kepada pemain bersempena pencapaian ini.

Sea of Thieves sudah dikeluarkan pada 24 Januari 2018 untuk Xbox One dan PC.

Sohor Kini