Skip to main content

Tahun lepas, Perfect World Entertainment telah mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan permainan MMO berdasarkan dunia Magic: The Gathering iaitu Magic: Legends.

Hari ini, Game Informer berkongsi satu video yang memperlihatkan bentuk permainan untuknya. Video tersebut kami sediakan di bawah.

Berdasarkan video yang diperlihatkan, ia boleh dikatakan permainan yang seakan Diablo, tetapi dengan watak serta penjahat daripada dunia Magic: The Gathering.

Namun satu perkara yang menarik, berdasarkan perkongsian ringkas oleh Game Informer, di dalam permainan ini ia masih mengekalkan bentuk permainan kad. Pemain boleh membina dek menggunakan 12 kad yang sentiasa akan bertukar kepada 4 kad aktif yang boleh digunakan pemain sebagai kuasa.

Perkongsian lanjut mengenai Magic: Legends sudah dikongsi oleh Game Informer melalui majalah digital mereka, akan tetapi kami merasakan ia akan dikongsi secara rasmi oleh Perfect World dan Cryptic Studio sendiri tidak lama lagi.

Magic: Legends akan tiba untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC tetapi masih tiada tarikh pengeluaran. Anda boleh mendaftar minat untuk mendapatkan akses beta melalui laman mereka; https://www.playmagiclegends.com/

Leave a Reply