Sensor Tower minggu ini berkongsi senarai permainan mudah alih dengan jumlah pendapatan tertinggi berdasarkan anggaran mereka. Senarai penuh kami sertakan di bawah.

Walaupun musim ke-10 untuk PUBG Mobile bermula pada awal November, manakala musim ke-11 bermula pada bulan ini, ia tampaknya tidak memberi kesan yang negatif kepada pendapat permainan tersebut apabila menjadi pemain dengan kutipan tertinggi untuk bulan Disember.
PUBG Mobile dianggarkan mengutip $148 juta pada bulan lepas (RM604 juta), dan ia diikuti oleh Honor of Kings ataupun dikenali sebagai Arena of Valor di negara ini yang mengutip sebanyak $139 juta (RM139 juta).
Dengan bermulanya musim ke-11, jumlah pendapatan sudah semestinya akan bertambah.