Bagi anda yang meminati siri G.I. Joe dan sering mengumpul figuranya, anda mungkin berminat dengan permua baharu yang diumumkan oleh Hasbro dan D3 GO hari ini.

G.I. Joe: War On Cobra merupakan permua yang memfokuskan bentuk pertempuran berpasukan seakan Clash of Clan. Melaluinya pemain boleh menggunakan pelbagai jenis pasukan dan watak, termasuklah kenderaan untuk menyerang pangkalan musuh.

Selain itu, pemain juga berupaya untuk membina pangkalan pemain sendiri, mempertahankan pangkalan tersebut dan mengumpul pelbagai jenis watak-watak daripada siri G.I. Joe seperti Snake Eyes, Duke dan sebagainya. Pemain juga berupaya untuk bermain sebagai dua pasukan sama G.I. Joe ataupun pasukan penjahat, Cobra

Menurut Hasbro, permua ini akan dilancarkan secara rasmi di iOS dan Android pada 20 Januari 2020 ini. Bagi anda yang berminat, ianya sudah boleh dipra-daftar melalui Google Play Store dan App Store.

Sohor Kini