Bagi anda yang masih lagi bermain permainan The Surge 2 oleh Focus Home Interactive dan Deck 13 Interactive, anda mungkin berminat untuk dapat penambahan seterusnya permainan ini iaitu The Kraken yang mana hari ini ianya disahkan bakal tiba pada 16 Januari 2020 ini.

Menariknya, buat anda yang mempunyai pas musim permainan tersebut, ianya boleh dimainkan dengna lebih awal iaitu 14 Januari 2020 ini.

Melalui DLC ini, ianya akan menyertakan beberapa kandungan penceritaan permainan disamping pelbagai kelengkapan dan senjata baharu yang pemain boleh dapat. Selain itu, DLC ini juga akan menyertakan pelbagai musuh baharu dan ketua musuh baharu untuk pemain tumpaskan, yang mana pasti akan memberi cabaran buat pemain.

The Surge 2 merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk pertempuran seakan Dark Souls, namun diletakkan di dalam dunia dan persekitaran sains fiksyen berteknologi tinggi. Ianya telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Sohor Kini