Skip to main content

PUBG Mobile bakal menerima kemaskini 0.16.5 bermula hari ini dan akan tiba secara berperingkat untuk semua pemain. Melaluinya, ia akan menyertakan mod baharu iiatu Domination dan peta Arena “Town” untuk mod tersebut.

Melalui mod Domination, pemain akan dibahagikan kepada dua pasukan biru dan merah dan ia adalah 4 lawan 4. Selepas pertempuran bermula, satu kawasan akan tiba secara rawak dan pasukan mesti berusaha untuk mendapatkannya.

Apabila kawasan pertama dijajah, kawasan kedua akan dikeluarkan. Pasukan yang mendapatkan 2 kawasan daripada 3 akan memenangi satu sesi pertempuran. Setiap pasukan akan diberikan Super Weapon Crates untuk mendapatkan senjata.

Kemaaskini ini juga menandakan bermulannya musim baharu untuk Royale Pass iaitu musim ke-11 yang akan menyertakan pelbagai barangan baharu yang boleh diperoleh.

Berikut adalah kandungan-kandungan lain yang disertakan;

  • Light Snowmobile – Di dalam mod klasik, pemain kini boleh mendapat kenderaan ini yang khusus untuk peta Vikendi.
  • Pengimbangan Senjata – Tembakan Groza kini melakukan kecederaan yang lebih kurang di Team Arena.
  • Rumusan Musim – Apabila musim baharu bermula, pemain kini dapat melihat statistik dan rumusan untuk musim sebelumnya.
  • Penambah-baikkan Royale Pass – Pelbagai pilihan misi untuk Team Arena, mod Payload selain menawarkan pelbagai ganjaran baharu.

PUBG Mobile boleh dimuat turun secara percuma untuk iOS dan Android melalui gedung aplikasi masing-masing.

Leave a Reply