Skip to main content

Chucklefish pada Oktober tahun lepas telah mengumumkan penambahan percuma untuk permainan Wargroove iaitu Double Trouble. Namun, hanya pada minggu ini mereka mengumumkan tarikh ia dikeluarkan iaitu pada 6 Februari 2020.

Tarikh tersebut adalah untuk kesemua platform iaitu Xbox One, Switch dan PC kecuali PlayStation 4 di mana tarikh untuknya akan diumumkan kemudian tetapi dalam masa terdekat.

Berikut adalah antara penambahan yang disertakan di dalam Double Trouble ini;

  • Kempen penceritaan baharu yang menyokong permainan secara koperasi dan juga secara solo
  • 3 Commanders baharu
  • 2 unit baharu iaitu Thieves dan Riflemen
  • Misi Arked baharu
  • Mod Quick Play secara dalam talian
  • Lobi untuk sesi multi-pemain secara awan dan juga peribadi
  • Peta Volcano baharu
  • Muzik baharu

Wargroove merupakan permainan taktikal mengikut turutan yang sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Leave a Reply