The King of Fighters Allstar Kini Menerima Watak Orochi

Netmarble minggu ini mengumumkan yang mereka menyertakan watak Orochi daripada The King of Fighters 97 ke dalam permainan mudah alih The King of Fighters Allstar. Bermula sekarang pemain berpeluang untuk mendapatkan watak tersebut.

Mereka juga menyediakan watak tersedia dengan tema tahun baharu iaitu untuk watak Mai Shiranui, Vice dan Geese Howard dan bertemakan pakaian renang untuk Kula, Angel, K’ dan Mai Shiranui.

Selain itu, bersempena tahun baharu sejak 1 Januari lepas sehingga 10 Januari, pemain yang log masuk permainan ini akan menerima token khas yang memberikan 10 gacha roll secara percuma.

Tambahan lain adalah beberapa acara seperti;

  • Acara Cake-Defense – pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan yang meningkatkan affinity melaluinya
  • Acara Time Attack – pemain berpeluang untuk mendapat “Allstar Fighter souls”
  • Acara Andy’s Super Mission – Bermula 7 Januari, pemain dapat menyelesaikan misi harian untuk mendapatkan New Year Andy, apabila menyelesaikan kesemua misi, pemain juga berpeluang mendapatkan 2020 Rubies.

The King of Fighters Allstar kini boleh dimuat turun secara percuma untuk iOS dan Android melalui gedung permainan masing-masing.

Sohor Kini