Sebelum kami meneruskan penulisan untuk artikel ini, kami ingin memberi amaran yang ia akan mengandungi beberan untuk siri Netflix The Witcher.

Jika anda masih belum menontonnya, kami menasihatkan anda untuk menontonnya terlebih dahulu dan kembali ke artikel ini selepas anda menghabiskan episod terakhir. Jika anda ingin mendengar ulasan kami, kami sertakan di bawah.

Bagi anda yang sudah menontonnya, anda mesti sedikit keliru dengan susunan latar masa untuk siri ini. Ia adalah kerana, setiap episod tidak berlaku mengikut satu garis lurus, tetapi ia melompat-lompat ke masa yang berbeza.

Hari ini, salah satu akaun rasmi untuk Netflix iaitu NXOnNetflix berkongsi satu infografik yang memperlihatkan jalur masa mengikut episod yang bagi kami akan membantu untuk lebih memudahkan kefahaman bagi siri ini. Ia juga akan membantu anda, jika anda berhajat untuk menontonnya sekali lagi.

Infografik tersebut kami sertakan di bawah.

Sohor Kini