Kebanyakan musim untuk siri adiwira oleh The CW seperti Batwoman, The Flash dan Supergirl masih sedang berlangsung, namun The CW telah mengumumkan siri-siri tersebut akan menerima musim baharu.
Secara keseluruhan mereka mengumumkan 13 siri akan menerima musim baharu iaitu;
- Batwoman (Musim 2)
- Nancy Drew (Musim 2)
- Black Lightning (Musim 4)
- DC’s Legends of Tomorrow (Musim 6)
- The Flash (Musim 7)
- Supergirl (Musim 6)
- All American (Musim 3)
- Charmed (Musim 3)
- In the Dark (Musim 3)
- Legacies (Musim 3)
- Dynasty (Musim 4)
- Riverdale (Musim 5)
- Roswell, New Mexico (Musim 3)
Bagi anda yang mengikut mana-mana siri di atas, anda boleh bertenang kerana musim baharu akan diteruskan.