Modern Times Group dan Blizzard hari ini memeterai perjanjian selama tiga tahun untuk menganjurkan kejohanan esukan buat permainan StarCraft II dan Warcraft III: Reforged iaitu di bawah nama ESL Pro Tours.

ESL Pro Tour ini akan menggantikan kejohanan StarCraft II World Championship Series manakala untuk Warcraft III:Reforged yang merupakan permainan penambah-baikkan dan akan dikeluarkan pada akhir bulan ini, ia adalah kejohanan pertama diumumkan untuknya.

Maklumat daripada segi kewangan tidak diumumkan untuk perjanjian ini, namun sebahagian daripada perjanjian tersebut, Blizzard akan menyumbang sebahagian daripada hadiah terkumpul iaitu sebanyak $1.9 juta (RM7.8 juta) untuk tahun 2020-2021 dan $1.2 juta (RM4.9 juta) untuk dua tahun berikutnya.

Sohor Kini