Fantasy Flight Interactive merupakan studio yang bertanggungjawab membangunkan permainan The Lord of the Rings: Adventure Card Game iaitu permainan kad digital berdasarkan francais yang terkenal tersebut.

Selepas dikeluarkan secara penuh pada tahun lepas untuk hampir semua platform, ia kurang mendapat sambutan terutama dengan pelbagai pencabar lain di dalam genre permainan kad digital ini.

Minggu ini, ketua studio Tim Gerritsen mengumumkan yang studio mereka akan ditutup pada bulan depan dan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan pasukan pembangunan mendapat kerja di tempat lain.

Buat masa ini Asmodee Digital iaitu penerbit untuk permainan tersebut masih tidak menyatakan sebarang perancangan buat permainan tersebut.

Sohor Kini