Bersempena dengan tahun 2020 ini, semestinya Microsoft tidak akan menghampakan pemain yang melanggan Xbox Game Pass di mana hari ini mereka mengumumkan sebilangan permainan yang bakal tiba di servis langganan tersebut baut konsol Xbox One dan PC.
Awal minggu ini, Microsoft baru sahaja menyertakan permainan Grand Theft Auto V di Xbox Game Pass dan kini mereka tampaknya menyertakan 3 lagi permainan baharu iaitu:
- Frontpunk: Console Edition (Bakal tiba 9 Januari 2020)
- Sword Art Online: Fatal Bullet (Bakal tiba 9 Januari 2020)
- Tekken 7 (Bakal tiba 16 Januari 2020)
Seperti biasa, dengan pengumuman ini mereka juga akan menyertakan beberapa misi ganjaran yang pemain boleh lakukan untuk dapatkan nilai markah untuk ditebuskan dengan pelbagai ganjaran bermula hari ini. Untuk senarai penuh ganjaran tersebut anda boleh ke pautan rasmi Xbox.
Selain itu, Microsoft juga mengumumkan dua permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass iaitu LEGO City Undercover dan Just Cause 3. Namun bagi anda yang ingin terus bermain permainan tersebut, ianya boleh dibeli dengan 20% diskaun buat mereka yang mempunyai langganan Xbox Game Pass.

Manakala berikut pula adalah permainan yang bakal tiba di Xbox Game Pass di PC iaitu:
- Frostpunk
- FTL: Faster Than Light
Langganan Xbox Game Pass menyediakan lebih dari 100 permainan dari pelbagai penerbit yang anda boleh mainkan dengan hanya harga langganan serendah $9.99(~RM42) sebulan sahaja bagi versi konsol dan bagi versi PC pula berharga $4.99(~RM25). Anda juga boleh mendapatkannya berkas langganan Xbox Game Pass Ultimate yang menyertakan kedua-dua langganan Xbox Game Pass di PC dan di konsol bersama Xbox Live Gold.
Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.