Skip to main content

NIS America sebelum ini mengumumkan yang mana permainan simulasi bencana, Disaster Report 4: Summer Memories akan dilancarkan secara global dan kini, mereka akhirnya mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu 7 April 2020.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, permainan Disaster Report 4: Summer Memories merupakan siri permainan simulasi bencana alam di mana pemain perlu bertahan hidup dan mencari jalan keluar daripada bandar tersebut untuk menyelamatkan diri dan pada masa yang sama mengambil keputusan untuk membantu mangsa yang lain.

Menurut NIS America, permainan ini akan dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Switch, manakala versi PC pula akan tiba melalui Steam.

Menariknya juga, melalui laman rasmi kedai atas-talian NIS America, versi konsol permainan ini juga akan menerima edisi terhad khas, berharga $89.99(~RM369) yang mana mereka akan sertakan pelbagai kandungan tambahan seperti:

  • Permainan penuh Disaster Report 4: Summer Memories
  • Muzik latar rasmi
  • Beg galas “kecemasan” khas
  • Tanda pengenalan
  • Kotak pertolongan cemas khas

Semestinya bagi anda yang menanti siri permainan Disaster Report untuk tiba di pasaran global sejak era PlayStation 2 dahulu, semestinya anda perlu dapatkan permainan ini menjelang April ini.

Leave a Reply