Tampaknya tahun ini kita mungkin akan mendapat berita berkenaan permainan Pokémon lebih awal di mana Nintendo hari ini mengumumkan acara penstriman Pokémon Direct akan diadakan minggu ini.

https://www.youtube.com/watch?v=OMXRyk7ikjI

Menurut Nintendo, acara tersebut akan disiarkan secara langsung pada 9 Januari 2020 ini, iaitu hari Khamis pada jam 10:30 malam waktu tempatan. Menariknya, Pokémon Direct tersebut akan memperlihatkan informasi seterusnya berkenaan Pokémon dengan durasi sekitar 20 minit. Bagi anda yang ingin menontonnya, ianya boleh ditonton pada tarikh yang tertera di atas melalui Youtube.

Seperti anda sedia maklum, November lepas Nintendo dan The Pokémon Company baru sahaja melancarkan permainan Pokémon Sword dan Pokémon Shield, di mana kami percaya mereka mungkin akan berkongsi berkenaan DLC buat permainan tersebut yang bakal tiba tahun ini.

Meskipun begitu, sama-sama kita nantikan dan kami pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut berkenaannya di sini.

Sohor Kini