SNK hari ini akhirnya berkongsi tarikh pelancaran untuk permainan Samurai Shodown bagi konsol Switch yang mana ianya bakal tiba 25 Februari 2020.

Melalui senarai permainan tersebut di Nintendo eShop, ianya kini sudah pun boleh dipra-tempah dengan harga $44.99(~RM185).
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri Samurai Shodown, ianya adalah siri permainan perlawanan yang sangat terkenal beberapa tahun lepas di arked dan kemudian siri tersebut dikembangkan dengan pelbagai siri. Kini melalui permainan ini, ianya diolah semula dengan watak-watak asal daripada siri tersebut dan SNK juga sebelum ini telah mengumumkan pelbagai watak tambahan melalui DLC dan pas musim.
Samurai Shodown sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Xbox One dan PlayStation 4. Manakala versi PC pula masih belum diumumkan.