Skip to main content

Musim ketujuh Star Wars: The Clone Wars mula diumumkan pada tahun 2018. Premis penuh siri TV ini masih belum diumumkan, tetapi apa yang pasti siri ini akan memfokuskan kepada kisah pengepungan puak Mandalore.

Musim terakhir Star Wars: The Clone Wars adalah pada tahun 2014. Kini selepas 6 tahun lamanya, siri ini akhirnya sedia disiarkan oleh Disney di Disney+. Tarikh siaran adalah pada 17 Februari 2020 dan musim ini dikatakan akan menjadi musim terakhir buat siri animasi ini.

Bagi mereka yang ingin selami lebih dalam kisah-kisah Star Wars yang tidak diceritakan dalam filem, setiap siri ini berkait secara rapat dan akan memudahkan anda lebih memahaminya. Ia juga akan menambah pengalaman menonton francais-francais Star Wars.

Leave a Reply