Kandungan Baharu Untuk Doki Doki Literature Club Akan Tiba Tahun Ini

Doki Doki Literature Club merupakan permainan novel visual yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Steam. Ia dibangunkan oleh Team Salvato yang di selesai oleh Dan Salvato.

Baru-baru ini beliau mengumumkan yang bercadang untuk menyertakan kandungan baharu buat permainan tersebut. Ia adalah penambahan sahaja dan bukan sekuel.

Buat masa ini, beliau tidak menyatakan bila ia akan dikeluarkan. Selain itu, beliau juga mengumumkan akan membangunkan permainan novel visual baharu yang sudah ditangguhkan selama dua tahun.

Team Salvato pada akhir tahun 2017 lepas mengumumkan yang permainan ini telah menerima lebih sejuta muat turun yang kami rasakan sudah lebih banyak bertambah sekarang.

Sohor Kini