Skip to main content

Bagi yang sudah mencuba permainan Death Stranding, semestinya menyedari keunikan permainan ini menggunakan muzik latar. Ia mempunyai banyak muzik yang boleh dimainkan akan tetapi hanya di kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Salah satu penyumbang utama untuk muzik di dalam Death Stranding adalah kumpulan Low Roar. Melalui perkongsian oleh Ryan Karazija iaitu vokalis untuk kumpulan tersebut kepada VG247, beliau mengatakan yang Sony pertama kali menghubungi mereka untuk menggunakan lagu ‘I’ll keep coming’ tidak menyatakan di mana ia akan digunakan.

Lagu tersebut kemudian digunakan untuk trailer pertama permainan Death Stranding yang diperlihatkan semasa E3 2016.

Beliau juga mengatakan yang waktu itu mereka di dalam keadaan yang terdesak dan bukan satu kumpulan yang dikenali ramai. Oleh kerana itu, mereka terus menerima tawaran tersebut.

Namun, selepas trailer pertama tersebut dan kini permainan Death Stranding sendiri dikeluarkan, kami boleh katakan yang kumpulan Low Roar sudah semestinya berada di satu tempat yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Death Stranding sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan akan tiba untuk PC pada tahun ini.

Leave a Reply