Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana permainan Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4 Road To Boruto di konsol Switch akan dilancarkan secara rasmi buat pasaran Malaysia menjelang 23 April 2020 ini.
Pengumuman ini juga dilakukan bersempena dengan siri permainan Naruto Ultimate Ninja mencapai 20 juta salinan terjual secara global.
Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4 Road To Boruto merupakan permainan perlawanan yang asalnya ia dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC beberapa tahun lepas. Melaluinya ia menyertakan pernambahan dan kandungan Boruto berdasarkan permainan Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4.
Terkini melalui versi Switch, ianya akan menyertakan kandungan siri Boruto seperti mana versi konsol lain yang dilancarkan sebelum ini.
Pada masa yang sama, Bandai Namco juga mengumumkan kandungan DLC “Next Generation” baharu khas buat permainan tersebut juga bakal tiba pada tarikh yang sama iaitu 24 April 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.
DLC “Next Generation” ini akan sertakan dua watak baharu yang boleh dimainkan iaitu Momoshiki Otsutsuki dan Kinshiki Otsutsuki di mana mereka watak yang diperkenalkan di dalam filem Boruto: Naruto The Movie. Selain itu, DLC ini juga akan menyertakan 11 kostum baharu berdasarkan siri Boruto buat watak-watak tersedia seperti Ino, Shikamaru, Choji dan sebagainya.
Akan tetapi, menurut Bandai Namco, DLC “Next Generation” ini tidak akan hadir di versi Switch buat masa ini bersama pelancaran permainan. Namun, mereka menyatakan sebarang pengumuman berkenaannya akan diumumkan pada masa akan datang.