Dreams merupakan satu “alat” yang membolehkan sesiapa sahaja untuk membina pelbagai ciptaan di dalamnya. Sejak ia dikeluarkan secara akses awal, ia sudah digunakan untuk menghasilkan pelbagai ciptaan, antaranya adegan filem dan juga permainan video.

Media Molecule iaitu pembangun untuk Dreams ini telah mengumumkan yang ia akan tiba secara penuh pada 14 Februari 2020, dan hari ini mereka mengumumkan yang ia sudah siap dibangunkan.

Sony juga sebelum ini telah mengumumkan yang Dreams Universe sudah boleh di pra-tempah dengan harga RM169.

Sohor Kini