Skip to main content

Walaupun sering diperdebatkan platform mana yang lebih baik untuk permainan video sama ada konsol ataupun PC, akan tetapi konsep PC dalam bentuk konsol bukanlah sesuatu yang baharu.

Valve sendiri pernah melancarkan projek Steam Machine yang cuba menjadikan PC sebagai satu konsol, projek tersebut juga mendapat sokongan daripada beberapa pengeluar PC, namun ia boleh dikatakan sebagai satu projek yang gagal.

Alienware iaitu sub-jenama untuk Dell hari ini memperlihatkan Concept UFO iaitu menurut mereka satu inovasi permainan video baharu oleh mereka. Ia adalah konsol seakan Switch yang di mana alat kawalan boleh dibuang dan mudah untuk disambung pada TV.

Ia juga dikatakan akan menggunakan Windows 10 iaitu satu kekurangan yang ada pada Steam Machine yang menggunakan SteamOS iaitu sistem operasi tersendiri berdasarkan Linux.

Buat masa ini, ia adalah sekadar konsep yang tidak mempunyai sebarang tarikh pengeluaran, namun maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi semasa penstriman langsung oleh Dell pada 2 pagi ini.

Leave a Reply