Skip to main content

Permainan video sering dikaitkan dengan aktiviti untuk anak muda, tetapi sesuatu yang pasti anak muda yang bermain permainan video juga kian bertambah umur, dan ini membantu untuk menjadikan permainan video satu aktiviti yang melangkaui pelbagai kumpulan umur.

AARP iaitu satu organisasi di Amerika Syarikat yang memfokuskan untuk golongan bersara telah membuat kajian mengenai aktiviti permainan video dikalangan orang dewasa berumur 50 tahun dan keatas.

Melalui kaji selidik yang dilakukan, mereka merumuskan yang jumlah pemain permainan video dikalangan kumpulan umur tersebut meningkat dari tahun ke tahun, iaitu 44% pada tahun 2019 berbanding 38% pada tahun 2016. Di mana secara purata mereka bermain selama 5 jam seminggu.

Di kalangan pemain tersebut juga memperlihatkan peningkatan untuk jumlah pemain yang bermain setiap hari iaitu 47% pada tahun 2019 berbanding 40% pada tahun 2016. Menariknya, daripada kumpulan yang bermain permainan video, 49% adalah wanita manakala selebihnya adalah lelaki, dan yang bermain setiap hari 53% adalah wanita.

Bagi platform di mana mereka bermain permainan video pula, peranti pintar mendahului dengan 73%, 47% di PC dan 13% di konsol.

Bagi yang tidak bermain permainan video, 57% adalah disebabkan mereka bukan seorang yang suka bermain, 23% menganggap permainan video membosankan dan 19% lebih menyukai permainan yang bukan permainan video.

Oleh kerana AARP melakukan kaji selidik mereka di Amerika Syarikat, ia mungkin berbeza di Malaysia, namun seperti yang kami perkatakan di atas, golongan pemain video umur mereka kian meningkat, kami merasakan permainan video bukan lagi sekadar aktiviti untuk anak muda.

Jika anda ingin membaca laporan penuh untuk kaji selidik anda boleh lakukan di pautan ini.

Leave a Reply