Skip to main content

Lost Soul Aside merupakan permainan aksi oleh Ultizero Games, yang mana asalnya ia dibangunkan oleh seorang pembangun sahaja, iaitu Yang Bing dari China.

2016 lepas, permainan ini disenaraikan di bawah inisiatif Sony Interactive Entertainment iaitu China Hero Project dan permainan tersebut kini dibangunkan oleh pasukan pembangun yang terdiri sekitar 14 pembangun di bawah Studio Ultizero Games.

Terkini melalui laporan oleh penganalisa permainan video Daniel Ahmad, beliau berkongsi yang mana Yang Bing berhasrat untuk melancarkan permainan Lost Soul Aside sekitar tahun ini.

Kenyataan tersebut dilakukan ketika temu bual bersama media dari China yang mana Yang Bing juga menyatakan bahawa beliau berminat mengembangkan Lost Soul Aside kepada bentuk lain selain daripada permainan.

Dukacitanya, buat masa ini informasi lain tidak dikongsikan mahupun sebarang video acah baharu. Namun kami percaya Ultizero Games sememangnya sedang bekerja keras untuk menyiapkan permainan tersebut dan memandangkan ianya dirancang untuk tiba tahun ini, kami percaya informasi lanjut pasti akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Leave a Reply