Informasi Permainan Video Terkini
4 Permainan Menarik Untuk Bulan Januari 2020

4 Permainan Menarik Untuk Bulan Januari 2020

Diterbitkan pada Jan 6, 2020 oleh .

Permulaan untuk tahun ini boleh dikatakan sedikit perlahan jika ingin dilihat pilihan permainan yang ada, Namun, ia tetap menyediakan beberapa permainan yang menarik yang mungkin disukai oleh sesetengah pemain.

Berikut adalah 4 permainan menarik yang akan tiba pada bulan pertama untuk tahun 2020 ini;

Dragon Ball Z: Kakarot

Diumumkan sebagai permainan RPG berdasarkan siri popular Dragon Ball Z, permainan ini akan menceritakan semula penceritaan untuk Dragon Ball Z tetapi dalam bentuk permainan video. Dibangunkan dan diterbitkan oleh Bandai Namco, ia akan dikeluarkan pada 17 Januari 2020.

Monster Hunter World: Iceborne

Iceborne merupakan satu penambahan yang bagaikan satu permainan baharu untuk Monster Hunter World. Ia sudah di PlayStation 4 dan Xbox One sejak September tahun lepas, ia akhirnya akan turut dikeluarkan untuk PC pada 9 Januari 2020. Ia sudah semestinya satu yang dinantikan oleh pemain Monster Hunter World di PC.

Warcraft III: Reforged

Blizzard sebelum ini membawa kembali pelayan untuk pemain bermain World of Warcraft: Classic yang menerima penerimaan sangat baik oleh pemain. Melalui Warcraft III: Reforged, Blizzard cuba melakukan perkara yang sama untuk pemain Warcraft. Ia merupakan versi penambah-baikkan untuk Warcraft III: Reign of Terror dan juga penambahan yang sangat popular iaitu The Frozen Throne. Ia akan dikeluarkan pada 29 Januari 2020 untuk PC.

Coffee Talk

Ia adalah permainan yang akan menjadikan anda seorang barista di mana anda akan mendengar pelbagai perkongsian dan juga rungutan oleh pelanggan dan pada masa sama memberikan mereka kopi seperti yang diingini ataupun yang bersesuaian dengan keadaan. Ia adalah permainan yang di inspirasi daripada permainan VA-11 Hall-A. Ia dibangunkan oleh Toge Productions iaitu pembangun dari Indonesia dan akan tiba pada 30 Januari untuk semua platform.


Ini adalah satu permulaan yang tenang untuk permulaan tahun ini sebelum pelbagai permainan menarik yang akan tiba berturut-turut pada bulan-bulan depan.

Untuk permainan-permainan lain yang akan dikeluarkan pada bulan ini, anda boleh rujuk senarai yang kami sertakan di bawah.


TIPS & ULASAN