Kita sudah diperlihatkan dengan rekaan untuk Xbox Series X akan tetapi walaupun disahkan terlebih dahulu, PlayStation 5 masih tidak diperlihatkan oleh Sony. Buat masa ini, hanya kit pembangunan sahaja yang sering diperlihatkan.

Minggu ini, ia sekali lagi tertiris, kali ini melalui seorang pengguna Facebook yang mengatakan beliau bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat. Melalui perkongsian yang dilakukan oleh beliau ia memperlihatkan kit pembangunan yang sebelum ini telah diperlihatkan dengan jelas.
Menariknya, kali ini ia juga memperlihatkan alat kawalan, yang walaupun mempunyai rekaan lebih kurang tetapi mempunyai saiz yang berlainan dengan alat kawalan DS4.
Ini adalah sekadar kit pembangunan sahaja, yang kita sedia maklum, akan mempunyai rekaan yang jauh berbeza dengan rekaan sebenar untuk PS5, yang mungkin akan diperlihatkan oleh Sony tidak lama lagi.