Sempena tahun baru 2020 ini, akaun rasmi buat permainan Ape Escape berkongsi satu pengumuman khas yang mana mereka akan pengumuman berita berkenaan siri tersebut pada tahun ini.
Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum dikongsikan, namun memandangkan siri tersebut baru sahaja menyambut ulang tahun ke-20 dengan video acah khas, kami percaya Sony Interactive Entertainment dan Japan Studio mungkin berminat untuk membawa kembali permainan ini.
Kami juga percaya memandangkan pelancaran konsol seterusnya iaitu PlayStation 5 bakal tiba penghujung tahun ini, kita mungkin dapat lihat permainan seterusnya Ape Escape di konsol tersebut kelak. Seperti biasa kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan secara rasmi.