Skip to main content

Siri Death Note oleh Tsugumi Ohba dan Takeshi Obata semestinya salah satu manga yang sangat terkenal lebih dari 10 tahun lepas yang mana ia memfokuskan penceritaan seorang remaja yang mempunyai buku nota yang berupaya untuk membunuh sesiapa sahaja dengan hanya menulis nama mereka.

Siri tersebut bukan sahaja dikembangkan dengan siri anime, malah pelbagai adaptasi aksi-nyata dan termasuklah filem Netflix yang dilancarkan 2017 lepas.

Terkini melalui laporan Comic Book, pencipta siri tersebut mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan satu komik sekuel khas buat Death Note yang mana ia akan memfokuskan penceritaan selepas tamatnya siri asal manga tersebut, yang mana sekali lagi buku nota “Death Note” Ryuk dijatuhkan ke dalam dunia manusia.

Menurut laporan, manga tersebut akan dilancarkan di majalah komik Shueisha Jump pada 4 Februari 2020 ini dengan 87 muka surat termasuklah bahagian berwarna muka surat tengah. Ianya juga disahkan merupakan komik solo tanpa sebarang sambungan.

Semestinya ini bukanlah kali pertama penceritaan Death Note diteruskan selepas penamat penceritaannya yang mana sebelum ini filem Death Note juga banyak memfokuskan penceritaan selepas tamatnya era “Kira” dengan pelbagai pencerita sampinga.

Meskipun begitu, memandangkan komik atau Manga ini adalah hasil oleh pencipta asalnya, ianya pasti menarik minat mereka yang mengikuti siri ini dari awal.

Leave a Reply