Skip to main content

Menurut laporan VentureBeat, secara keseluruhan buat industri permainan video dari segi pendapatan dan jualan bagi tahun 2019, telah mencapai $120.1 bilion, iaitu sekitar RM494 bilion.

Data tersebut diambil oleh SuperData di bawah Nielsen yang mana ianya industri permainan video diperlihatkan mempunyai peningkatan sebanyak 3% berbanding tahun lepas dan mereka menjangka bagi tahun 2020, jumlah tersebut akan meningkat sebanyak 4% dengan jumlah pendapatan sehingga $124.8 bilion.

Data-data pendapatan tersebut diambil daripada data pelbagai platform permainan video termasuklah permua, PC, konsol, eSukan dan juga realiti-maya melalui permainan percuma dan permainan premium.

Tambahan itu, jika dilihat di carta yang dikongsikan oleh Superdata di atas, sememangnya negara-negara di Asia menyumbangkan jumlah yang tertinggi bagi platform permua dan PC berbanding jumlah di konsol yang agak berkurangan.

Menariknya berdasarkan laporan tersebut, permainan Fortnite adalah antara penyumbang tertinggi yang mana ianya mempunyai jumlah jualan dan pendapat sehingga $1.8 bilion iaitu sekitar RM7.4 bilion. Meskipun begitu, jumlah tersebut agak berkurang berbanding tahun 2018 yang mana ia mencapai jumlah RM9.8 bilion.

Walaubagaimana pun, populariti permainan Fortnite semestinya penyumbang utama di mana Epic Games sering sekali mengemaskini permainan tersebut dengan pelbagai kandungan sepanjang tahun dan acara kolaborasi bersama francais Avengers, Strangers Things dan Star Wars semestinya membantu mereka.

Akan tetapi dari segi pendapatan permainan premium, tahun 2019 merupakan tahun yang agak rendah dengan penurunan sebanyak 5% atas sebab kekurangan permainan berkelaskan AAA yang dilancarkan di tahun tersebut.

Namun, seperkara yang menarik minat kami adalah tahun ini, iaitu 2020 sememangnya satu tahun yang sangat besar bagi industri permainan video yang mana bukan sahaja ianya adalah tahun untuk konsol generasi seterusnya, malah sekitar awal 2020 juga akan terdapat pelbagai permainan berkelas AAA yang bakal tiba seperit The Last Of Us Part 2, Cyberpunk 2077 dan sebagainya, yang mana SuperData meramalkan jumlah pendapatan 2020 pasti akan meningkat.

Kami di Aksiz juga percaya tahun 2020 akan menjadi tahun yang besar untuk industri permainan video bukan sekadar pelbagai permainan yang akan tiba, malah dengan sokongan kerajaan yang mana pasti akan membawa pelbagai lagi pendapatan dan jualan yang tinggi.

Leave a Reply