Anugerah Golden Globes sedang berlangsung dan Joaquin Phoenix telah diumumkan sebagai pemenang untuk pelakon lelaki terbaik bagi drama di acara tersebut, untuk watak beliau sebagai Arthur Fleck di dalam filem Joker.

Pelakon lain yang tercalon untuk kategori ini adalah Christian Bale (Ford vs Ferarri), Antonio Banderas (Pain & Glory), Adam Driver (Marriage Story) dan Jonathan Pryce (The Two Popes).

Ini merupakan anugerah kedua untuk filem Joker bagi Golden Globes tahun ini selepas memenangi muzik latar terbaik. Joker juga tercalon untuk filem terbaik bagi kategori Drama yang dimenangi oleh filem 1917.

Sohor Kini