Skip to main content

Mother ataupun Earthbound di luar Jepun adalah satu permainan klasik, dan mempunyai pengikut tersendiri. Mother 3 yang dikeluarkan pada tahun 2006 untuk Game Boy Advance tidak pernah tiba di luar pasaran Jepun, tetapi ia tidak mematahkan semangat peminat untuk menghasilkan sendiri sambungan bagi permainan tersebut.

Sebelum ini, ia diumumkan akan tiba pada tahun 2015, akan tetapi selepas beberapa perubahan, ia kini menjadi satu permainan tersendiri dengan nama Oddity.

Permainan tersebut dibangunkan oleh peminat Earthbound yang mengguna nama 0197X untuk pasukan pembangunan. Buat masa ini, masih tiada pengumuman mengenai tarikh pengeluaran dan juga platform. Ia sekadar dikatakan akan tiba apabila bersedia.

Mereka juga berkongsi satu video acah yang memperlihatkan gaya seni seakan Mother 3 dan bentuk permainan RPG dengan pertempuran mengikut turutan.

Shigesato Itoi iaitu pencipta asal Mother pernah mengatakan yang beliau tidak berminat untuk menghasilkan sambungan kepada Mother 3, mungkin ini adalah permainan terdekat untuk peminat yang inginkannya.

Leave a Reply