Ejen Ali The Movie adalah filem pertama dari WAU Animation, selepas dua musim untuk siri TV disiarkan. Untuk sebuah studio kecil tempatan dan sebagai filem pertama, ia adalah sebuah filem yang sangat menarik dan berada di luar jangkaan. Malah, skor ulasan kami untuk filem ini adalah 10/10. Dalam filem ini, terdapat muzik-muzik yang menarik dan enak didengar. Setiap muzik ini perlu didengar di YouTube dan Spotify sahaja sebelum ini dan itu pun tidak semua boleh didengari.

Kini selepas beberapa bulan dan telah pun berjaya mengutip lebih RM20 Juta, OST penuh filem Ejen Ali The Movie sudah boleh distrim di pelbagai platform penstriman muzik. Terdapat lima platform yang disokong, YouTube, Spotify, Joox, iTunes dan Deezer. Bagi yang ingin mendengar kembali muzik-muzik enak dari filem ini, anda boleh terus buka mana-mana platform yang anda gunakan atau langgan dan mula mendengar kesemua 25 OST filem ini.

Jadi, apa tunggu lagi? Bertindak segera!

Sohor Kini