Skip to main content

Team17 iaitu studio pembangun dan juga penerbit permainan yang terkenal dengan permainan seperti Overcooked dan My Time at Portia mengumumkan yang mereka kini menjadi pemilik penuh untuk syarikat pembangunan permainan video Yippee Entertainment.

Studio tersebut sebelum ini terlibat di dalam pembangunan permainan video untuk siri Chimpact dan juga membangunkan permainan untuk Kalypso dan Cartoon Network. Mereka kini sedang membangunkan Commandos 2 HD untuk Kalypso.

Pengambilalihan dilaporkan bernilai sebanyak £1.4 juta (RM7.53 juta) di mana RM4.9 juta secara tunai dan selebihnya melalui pegangan saham. Pengambilalihan ini tidak mengubah struktur Yippee Entertainment dan akan terus kekal dengan pasukan sedia ada.

Leave a Reply