Pelayan NBA 2K18 Akan Ditutup Pada Pertengahan Bulan Ini

2K minggu ini mengumumkan yang pelayan untuk mod permainan dalam talian bagi NBA 2K18 akan ditutup pada 18 Januari 2020. Mod permainan seperti MyTeam dan MyCareer serta sebarang yang memerlukan penggunaan VC akan terkesan.

Mod-mod yang menyokong permainan luar talian akan terus boleh dimainkan akan tetapi ia tidak lagi boleh mendapat kelebihan jika dimainkan secara dalam talian.

Bagi anda yang bermain MyCareer dan MyGM secara dalam talian, selepas tarikh tersebut anda tidak lagi dapat mengakses fail simpanan, dan perlu memulakan semula.

Sohor Kini