Semestinya salah satu permainan yang kami sendiri nanti-nantikan untuk tahun 2020 akhirnya bakal tiba tidak lama lagi iaitu Animal Crossing: New Horizons yang mana ia disahkan bakal hadir pada 20 Mac 2020 ini eksklusif di konsol Switch.
Terkini, bersempena dengan tarikh pelancarannya yang semakin hampir, Nintendo berkongsi satu video acah khas yang mana ianya memperlihatkan watak-watak yang bakal kembali ke permainan tersebut termasuklah watak kesukaan ramai iaitu Isabelle.
Selain itu, Nintendo juga memperlihatkan karya kotak permainan tersebut secara rasmi yang mana anda boleh tontonnya di video acah di bawah.
Bagi anda yang ingin mengetahui berkenaan permainan ini lebih lanjut, anda boleh ke artikel ini.