Tampaknya selain filem animasi Ni No Kuni, filem animasi Dragon Quest: Your Story tampaknya mungkin akan tiba di Netflix dalam masa terdekat ini di mana Netflix secara tidak sengaja menyediakan pautan khas buat filem tersebut di platform mereka.

Berdasarkan pautan tersebut, Netflix tidak berkongsi sebarang informasi seperti tarikh pelancaran mahupun imej filem tersebut, akan tetapi dari segi sinopsis dan genre, ianya sudah pun tersenarai sebagai animasi Jepun dan animasi berdasarkan permainan video.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan filem animasi Dragon Quest: Your Story, ianya adalah filem animasi khas berdasarkan permainan Dragon Quest V: Hand Of The Heavenly Bride. Filem ini memfokuskan watak Luca yang menyelamatkan ibunya dari penjahat Ladja dengna menggunakan pedang legenda, Zenithian.

Filem ini telah pun ditayangkan tahun lepas di pasaran Jepun. Dengan tibanya di platform Netflix, kami sebagai peminat siri Dragon Quest sudah pasti tidak sabar untuk menontonnya. Seperti biasa kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan.

Sohor Kini