Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, demo buat permainan Final Fantasy VII Remake sememangnya tertiris dan tampaknya sepanjang minggu ini, terdapat beberapa pengguna yang berjaya mendapatkan fail demo tersebut dan berupaya untuk bermainnya.

https://www.youtube.com/watch?v=oy9JQaJ7tZ8

Melalui pengguna Youtube LM V2, beliau tampaknya memuat-naik beberapa bentuk permainan Demo tersebut yang mana ianya kelihatan memfokuskan bahagian awal permainan tersebut, iaitu sekitar misi pengeboman oleh pasukan Avalanche bersama Cloud.

Menurut pengguna Reddit, mereka juga berjaya lihat saiz demo tersebut yang mana ianya bersaiz 22.54GB.

Menariknya juga, melalui demo tersebut, terdapat beberapa pengguna juga berupaya untuk mengakses beberapa kandungan di dalam permainan tersebut, termasuklah kandungan untuk permainan penuh yang memperlihatkan beberapa aset visual untuk bahagian akhir permainan ini.

Semestinya untuk mengelak beberan, kami tidak akan kongsikan imej tersebut di sini, namun bagi anda yang ingin membaca dan mengetahuinya sendiri, anda boleh ke pautan forum ResetEra yang mana terdapat pelbagai pengguna berkongsi imej-imej yang terdapat di dalam permainan tersebut, termasuklah pakaian Cloud ketika menyamar menjadi wanita.

Semestinya perkara ini agak mendukacitakan bagi pihak Square-Enix, meskipun begitu sekurang-kurangnya sebelum pelancaran Final Fantasy VII Remake pada bulan Mac ini, kita mungkin akan menerima demo khas dalam masa terdekat ini.

Final Fantasy VII Remake akan dilancarkan pada 3 Mac 2020 ini secara eksklusif di PlayStation 4 sehingga 2021 ini.

Sohor Kini