Skip to main content

Tahun lepas, Respawn Entertainment iaitu studio pembangun bagi permainan Apex Legends dan Star Wars Jedi: Fallen Order sememangnya mendapat perhatian ramai atas kejayaan mereka yang mana bukan sahaja permainan yang dilancarkan oleh mereka mendapat sambutan yang baik, malah studio tersebut di bawah EA (Electronic Arts) sendiri melakukan beberapa perkara yang berlainan daripada penerbitnya.

Terkini, pengasas Respawn Entertainment iaitu Vince Zampella menyatakan bahawa beliau akan mengetuai satu lagi studio dari EA iaitu DICE studio di Los Angeles, Amerika Syarikat, untuk penjenamaan semula. Terkini menurut laporan LA Times, Vince Zampella berhasrat penjenamaan semula tersebut akan memberi imej baharu buat studio tersebut yang mana pasti akan menarik minat pembangun-pembangun untuk sertai mereka.

Beliau juga menyatakan bahawa DICE LA merupakan studio yang akan di asingkan dengan DICE Stockholm dan juga Respawn Entertainment, termasuklah permainan video yang akan dibangunkan oleh pembangun-pembangun di studio tersebut. Beliau juga menyatakan mereka sedang menghasilkan sesuatu baharu di Studio tersebut.

DICE semestinya terkenal di kalangan pemain sebagai studio yang membangunkan permainan siri Mirror’s Edge, Star Wars: Battlefront dan semestinya siri Battlefield.

Semestinya ini merupakan satu perkara yang menarik, ditambah pula dengan kepimpinan Vince Zampella, kami percaya DICE LA akan menjadi satu lagi studio oleh EA yang akan mendapat perhatian ramai bagi tahun 2020 ini.

Leave a Reply