Sebelum ini kami berkongsi yang mana filem Ni No Kuni telah pun ditayangkan di Jepun sekitar tahun lepas. Namun, pengumuman tersebut agak mengecewakan memandangkan ianya tidak akan tiba buat pasaran global.

Namun begitu, Netflix minggu ini akhirnya mengesahkan bahawa filem ini akan tiba di Netflix pada 16 Januari 2020 ini, khas buat penonton di Malaysia.

Filem Ni No Kuni mengisahkan dua remaja, iaitu Yuu dan Haru di mana mereka dibawa ke dunia fantasi untuk menyelamatkan rakan mereka, Kotana yang mana nyawa beliau terancam.

Buat masa ini, kami tidak berasa ianya adalah berkaitan dengan siri permainan video Ni No Kuni, meskipun begitu soalan tersebut pasti akan terjawab apabila ianya tiba di Netflix kelak.

Bagi anda yang masih belum melanggan servis penstriman Netflix, ianya boleh dilanggan dengan harga bermula RM17 untuk pakej telefon pintar. Informasi lanjut boleh di akses di laman rasmi Netflix.

Sohor Kini