Bersempena dengan awal tahun ini, Epic Games Store minggu ini meneruskan lagi tawaran permainan percuma mereka yang mana minggu ini, mereka menawarkan 3 permainan yang boleh dimuat-turun dan disimpan oleh pemain secara percuma melalui Epic Games Launcher.

Permainan tersebut boleh dimuat-turun dan ditebus secara percuma bermula hari ini sehingga 10 Januari ini yang mana ianya sertakan:

  • Darksiders Warmastered Edition
  • Darksiders 2 Deathnitive Edition
  • Steep

Siri Darksiders merupakan permainan aksi pengembaraan yang mana ianya sebelum ini dilancarkan beberapa tahun lepas dan baru-baru ini ianya menerima versi pernambah-baikkan yang mana bukan sahaja disertakan pernaik-tarafan visual grafik, malah menyertakan pelbagai kandungan DLC secara bersama.

Manakala permainan Steep pula adalah permainan simulasi sukan meluncur salji oleh Ubisoft di mana ianya sangat terkenal dengan bentuk dunia terbukanya dan menyertakan pelbagai bentuk meluncur seperti papan salji, ski dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, anda boleh ke pautan di bawah.

Muat-Turun: Permainan Percuma Di Epic Games Store

Sohor Kini