Tahun ini bermulanya tahun baru untuk filem-filem dan siri-siri TV MCU fasa baharu, iaitu fasa empat. Filem pertama sudah pun kita tahu, Black Widow yang akan ditayangkan pada penghujung April kelak. Siri TV pula adalah The Falcon and the Winter Soldier yang akan disiarkan secara eksklusif di Disney+.

Baru-baru ini, Disney ada terbit video baharu yang memperlihatkan kandungan-kandungan menarik yang boleh ditonton di Disney+ pada tahun ini. Mengejutkan, satu klip memperlihatkan siri TV WandaVision. WandaVision pada asalnya dijadualkan untuk disiarkan pada tahun 2021, namun siri TV ini dilihat akan mula disiarkan pada tahun ini. Siri TV WandaVision dikatakan berada di latar masa selepas Endgame dan mungkin akan ada prekuel yang memperlihatkan adegan-adegan pada tahun 1950-an. Bukan itu sahaja, WandaVision juga akan ada kaitan rapat dengan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang akan ditayangkan pada tahun 2021.

Lebih menarik, WandaVision bukannya siri TV biasa tetapi dikatakan adalah drama sitkom. Jadi, tidak pasti lagi bagaimana perancangan Disney untuk WandaVision. Malah sinopsis penuh juga masih belum diketahui lagi. Apa-apa pun, kita sudah pun masuk ke tahun 2020 dan kita akan ketahui lebih lanjut mengenai WandaVision kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini