Sebelum ini kami laporkan yang mana permainan seterusnya buat siri utama Dragon Quest di dalam perancangan Square-Enix dan terkini, pencipta dan pereka buat siri tersebut iaitu Yuji Horii akhirnya mengesahkan bahawa Dragon Quest XII sememangnya sedang dalam pembangunan sejak tahun lepas.

Dengan kejayaan hasil jualan Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age dengan lebih dari 5 juta salinan, semestinya membuatkan Square-Enix berminat untuk meneruskan siri tersebut yang mana pada pendapatkan kami juga, Dragon Quest XI adalah satu permainan JRPG terbaik generasi ini.

Menurut Yuji Horii melalui ucapan sempena tahun baru, tahun lepas mereka melancarkan pelbagai kandungan Dragon Quest dari filem Dragon Quest: Your Story, Dragon Quest XI versi Switch, permua Dragon Quest Walk dan juga pengumuman Dragon Quest: The Adventure Of Dai. Selain itu, beliau juga mengesahkan pembangunan Dragon Quest XII bermula tahun lepas menurut ucapan tersebut. Beliau juga menyatakan, setelah 33 tahun beliau menghasilkan permainan pertama Dragon Quest, beliau sangat berterima kasih buat peminat dan berharap agar tahun 2020 menjadi satu tahun yang bagus buat semua.

Semestinya ini membuat saya sendiri sebagai peminat siri Dragon Quest tidak sabar untuk menanti permainan seterusnya dan seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang informasi setelah ia diumumkan.

Sohor Kini