ReadySet Heroes – Permainan Berpotensi

Jika anda menyukai permainan dungeon crawler, anda mungkin pernah mendengar permainan ReadySet Heroes. Ia dibangunkan oleh Robot Entertaiment dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment, ia dikatakan sebagai permainan “multi-pemain dungeon crawler laju yang dipenuhi dengan kejutan”

Malang sekali, aspek multi-pemain untuk ReadySet Heroes perlu diperbaiki, “kejutan” di dalam permainan ini mempunyai potensi manakala aspek lain boleh menjadi sangat menjengkelkan.

Apakah ReadySet Heroes?

Seperti yang diperkatakan di atas, ReadySet Heroes adalah permainan dungeon crawler. Ia menyertakan dua mod iaitu Tower Crawl (yang boleh dikatakan sebagai mod permainan solo) dan Crawl N’ Brawl yang boleh dimainkan dalam talian ataupun setempat. Selepas anda memilih satu mod permainan, anda boleh pilih daripada 6 watak – 4 lagi boleh dinyah-kunci dengan menyelesaikan caran tertentu – dan anda akan terus bermain.

Tower Crawl adalah permainan yang boleh dimainkan secara setempat sahaja; ia boleh dimainkan sehingga 2 pemain secara koperasi untuk menyelesaikan 30 peringkat yang dicipta secara rawak, dan anda hanya mempunyai tiga nyawa. Setiap kali anda memasuki peringkat baharu ia akan menjadi makin sukar dan ia akan menyertakan 4 boss berlainan. Anda juga mungkin menjumpai “bilik rahsia” yang akan memberi lebih ganjaran.

Setelah anda menyelesaikan sesuatu peringkat, anda akan memperoleh ganjaran seperti senjata, peralatan, pakaian dan juga kebolehan. Setiap barangan tersebut juga mempunyai kualiti tersendiri daripada Common sehinggalah Legendary, namun, permainan tidak sangat menyatakan kelebihan untuk kualiti-kualiti tersebut.

Seperkara lagi, setelah anda maju di dalam permainan ini, anda juga boleh memecahkan tong dan juga membunuh penjahat untuk mengutip “gems” berlainan warna, yang akan meningkatkan kebolehan anda. Sebagai contoh, gems berwarna mereka boleh meningkatkan kekuatan serangan.

Itu adalah secara amnya mengenai mod Tower Crawl. Manakala untuk Crawl N’ Brawl, ia adalah sama tetapi disertakan dengan pemasa. Apabila ia menjadi sifar, semua pemain akan memasuki permainan-mini untuk menentukan siapa pemenang. Namun, saya hanya sempat untuk mencuba sedikit sahaja mod ini – penerangan lanjut mengenainya akan diterangkan di bahagian lain dalam ulasan ini.

Perkara Yang Baik

Watak yang dipilih pada awal permainan tidak memberi kesan kepada bentuk permainan, sebaliknya ia lebih dikesani oleh senjata berlainan yang diperoleh sepanjang bermain. Terdapat 5 jenis senjata iaitu: Pedang, Kapak, Kayu, Belati dan Lut.

Setiap senjata ini mempunyai kebolehan menyerang dan animasi tersendiri. Setiap senjata juga mempunyai serangan tiga-kali, anda juga boleh tekan dan tahan untuk menggunakan serangan lebih kuat. Dengan pedang, contohnya, serangan lebih kuat adalah serangan berpusing secara 360 darjah.

Terdapat juga serangan sekunder. Sekali lagi, kita jadikan pedang sebagai contoh. Setelah saya menggunakan serangan ini, watak akan melakukan satu gaya, jika diserang semasa dalam gaya tersebut, watak akan melakukan serangan balas. Mungkin anda sudah dapat mengagak yang pedang adalah senjata kegemaran saya.

Walaupun, ReadySet Heroes bukanlah permainan yang mempunyai kualiti grafik yang tinggi, akan tetapi saya menyukai gaya seni disertakan dengan menggunakan warna yang terang. Tambahan, saya juga tidak mengalami sebarang masalah prestasi semasa bermain di PlayStation 4 Pro.

Secara keseluruhan, saya suka kepelbagaian senjata yang disediakan oleh ReadySet Heroes, tetapi sedikit kecewa kerana ia bergantung kepada nasib, terutama jika anda mempunyai senjata tertentu yang bersesuaian dengan gaya permainan anda.

Perkara Yang Tidak Baik

Malangnya, terdapat beberapa perkara yang tidak baik mengenai ReadySet Heroes, dan mod multi-pemain adalah yang paling teruk. Ia adalah kerana agak sukar untuk mencari pemain lain secara dalam talian dan pencarian juga sering gagal.

Terdapat beberapa kali di mana saya berjaya untuk bermain Crawl N’ Brawl dengan beberapa orang pemain, tetapi kualiti sambungan adalah tidak baik: saya juga terkeluar di dalam satu permainan. Ia adalah teruk sehingga saya merasakan “multi-pemain dalam talian” adalah fungsi yang tidak berguna di dalam permainan ini.

Bermain secara multi-pemain setempat juga bukan satu yang lebih baik oleh kerana ia menyertakan bar hitam yang besar menjadikan skrin permainan sangat kecil untuk setiap pemain.

Dan ada juga aspek RNG untuk ReadySet Heroes, yang memberi impak terlalu banyak untuk permainan ini. Bergantung kepada nasib, anda mungkin akan mendapat barangan yang baik pada peringkat awal Tower Crawl, lebih lambat atau tidak langsung. Bahkan, permainan ini akan menjadi lebih senang jika anda mendapat barangan yang paling berkuasa iaitu Shovel. Tanpa barangan seperti ini, saya tidak rasa yang saya dapat menghabiskan mod Tower Crawl.

Apa yang membuatkan Shovel menjadi barangan yang sangat berkuasa adalah ia dapat dapatkan gems untuk meningkatkan watak anda. Oleh kerana mod Tower Crawl tidak mempunyai pemasa, anda boleh sekadar dapatkan gems dan sepenuhnya meningkatkan kekuatan watak.

Ia tidak menyeronokkan dan akan mengambil masa, namun tanpanya, ia agak sukar untuk menyelesaikan kesemua 30 peringkat, terutama kerana cara lain untuk dapatkan gems hanya diperoleh dengan membunuh penjahat dan menghancurkan tong. Ia lagi menjengkelkan kerana ubat jarang diberikan walaupun ia adalah satu-satunya cara untuk menyembuhkan nyawa. Oh ya, Shovel juga boleh digunakan untuk mendapatkan ubat.

Akhir sekali, ReadySet Heros juga tidak sangat mengajar cara untuk bermain. Saya terpaksa memahirkan kawalan dengan bermain. Jika saya tidak melihatnya di bahagian menu, saya mungkin tidak akan mengetahui mengenai serangan sekunder.

Adakah Ia berbaloi?

ReadySet Heroes bukanlah permainan yang tidak baik, cuma ia memerlukan pelbagai penambah-baikkan untuk mencapai potensi yang sebenar. Jika multi-pemain secara dalam talian berfungsi dengan baik, tidak terlalu bergantung kepada RNG, ia boleh menjadi permainan yang seronok untuk dimainkan bersama rakan dan keluarga.

Dengan keadaan sekarang, ReadySet Heroes adalah permainan yang sukar untuk saya syorkan, walaupun dengan harga RM79 di PlayStation Store. Namun, ia masih memberi satu kepuasan untuk menyelesaikan mod Tower Crawl. Saya juga mungkin akan bermain kembali permainan ini secara kasual.

Mungkin saya dapat bermain secara dalam talian dengan baik pada waktu itu.

Artikel ini merupakan terjemahan daripada artikel ReadySet Heroes Quick Review: Diamond in the Rough oleh Andrew daripada Nextrift

Sohor Kini