Pada awal bulan ini, Cubinet telah membuka pendaftaran untuk sesi beta tertutup bagi permainan mudah alih MMORPG berdasarkan dunia Naruto iaitu Naruto: Slugfest.

Minggu ini, mereka mengumumkan yang sesi beta terutup tersebut akan bermula pada 3 Januari 2020. Pemain yang mendaftar sebelum ini, boleh memasuki laman www.narutoslugfestm.com, untuk menyemak jika anda terpilih.

Pendaftaran akan terus dibuka sehingga sesi beta terutup tersebut bermula. Jika anda berminat dengan permainan ini, pastikan anda daftar minat untuk berpeluang mengakses permainan ini dengan lebih awal.

Naruto: Slugfest akan hadir untuk iOS dan Android.

Sohor Kini